Skip to main content

Posts

Cerita Popular

  Kawan, tolong ya jangan marah anak dengan bertanya soalan. Nak marah, marah sungguh-sungguh. Jangan tanya soalan. Biasa berlaku bila marah, kita tanya, " Kenapa sepah-sepah mainan ni? " " Kenapa pukul adik?' " Kenapa ni la.. "Kenapa tu la.. Tapi lepas tu bila budak tu jawab kena marah pulak. Kita tanya sebab kita marah, bukan kita tanya sebab nak jawapan. Sebab tu bila budak tu menjawab waktu kita marah, kita sambung lagi, " Orang cakap tu menjawab je kerjanya." Haa.... Aku ni bukan apa... Bila dalam kelas, kami cikgu-cikgi ni akan bertanya soalan sebagai salah satu usaha untuk menggerakkan minda mereka untuk berfikir. Begitu juga dalam proses kami membimbing dan memperbetulkan kesilapan atau salahlaku yang murid lakukan. Zaman sebat,jemur tengah panas, cabut kemuncuk, junjung kerusi ni semua dah berlalu dah. Zaman sekarang cikgu 'fasilitate' pemikiran murid untuk latih murid berfikir sepertimana kita orang dewasa berfikir. Kita ajak m
Recent posts
Dari kiri : Hafiz, Ustaz Anwar, aku, Ustaz Iqbal Melepak dengan rakan sebaya semalam. Sambil berkongsi cerita tentang hidup, merasai nikmat dunia dan mengingati akhirat melalui Bakso dan Sizling Yee Mee di Kedai Coffeeman, Jalan Kopi, Meru. Memang rancak! Sebagai orang yang mungkin paling sikit tinggal umurnya di kalangan mereka, saya banyak belajar dari mereka. Sepertimana mereka belajar untuk hidup, saya juga belajar untuk menghargai baki kehidupan. Terus belajar, Zaman moden ini, kejahilan berlaku bukan kerana kita tidak pandai membaca dan menulis, tetapi kerana kita berhenti belajar.
COMANGO, HAK ASASI MANUSIA DAN REMAJA Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang telah sekian lama beriltizam dengan Islam . Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan menjadi salah satu keunikan Malaysia jika dibandingkan dengan negara- negara lain di dunia. Namun sejak akhir-akhir ini keunikan ini dilihat semakin tidak disenangi sehingga wujudnya beberapa siri-siri percubaan untuk mencabutnya keluar. Yang terbaru :-COMANGO ! Ringkasan kepada Coalition of NGO’s. Gabungan 54 NGO-NGO Malaysia yang membawa tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah ini atas nama hak asasi manusia ke Persidangan United Nation  yang berlangsung di Geneva. Sebagai sebuah agensi yang serius dalam usaha membangunkan potensi dan jatidiri remaja di Malaysia, Kelab Remaja ISMA ingin sekali mengajak semua warganegara Malaysia yang beragama Islam untuk merenung sejenak apakah kesannya tutntutan-tuntutan pengkhianat negara ini kepada generasi remaja kita. Umumnya segala tuntutan dalam COMANGO ini di ba
Great power comes great responsibility         Tersenyum sendirian apabila mendengar ungkapan ini semasa menonton filem Spider-man. Sambil kepala mengangguk secara tidak sedar mengakui kebenaran kata-kata ini.          Bagaimana kalau frasa ini kita kaitkan dengan remaja? Maka pastinya kita akan tertanya -tanya apakah "power" atau kuasa yang ada pada diri seorang remaja? Sedangkan  menyara kehidupan sendiri pun belum tentu mampu, maka apakah ada kuasa luar biasa lain yang dimiliki oleh seorang remaja? Jawabnya ya! dan kuasanya sangat besar dan tidak mungkin dapat disaingi oleh generasi lain. Kuasa untuk menentukan masa depan! Remaja yang ada pada hari ini bakal menentukan apa coraknya masyarakat pada masa akan datang. Remaja hari ini yang dikatakan makan tanggung inilah yang bakal menentukan corak kehidupan bahkan pemerintahan masa depan. Tidak ada sesiapa yang mampu menafikan fakta ini. Remember! Great power comes great responsibility. Maka apa pula tanggungjawab

Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan 2011 berkunjung dan mengajak satu kelompok manusia istimewa yang di gelar oleh Allah swt di dalam Al-Quran sebagai "Wahai orang - orang yang beriman". Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Ternyata tawaran yang diberi kepada orang - orang beriman yang berpuasa ini amat hebat. Dibukakan kesemua pintu syurga untuk mereka. Dan di hiaskan syurga dengan perhiasan yang cantik sehingga bertanya para bidadari kenapakah ianya di hias sebegini rupa. Maka dijawab malaikat penjaga syurga bahawa Ramadhan telah tiba. Begitu meriah dan cerinya suasana disyurga saat tibanya Ramadhan Al Mubarak, sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dunia. Saat ramadhan segalanya menjadi perlahan. Alasan puasa dan penat berpuasa menjadi alasan biasa untuk kerja2 yang lambat di selesaikan. Suasana mendung dan longlai mewarnai alam bumi. Terlupa kita pada zaman Rasulullah, bagaimana mereka berjuang dan berjihad di medan badar. Berjalan se

Cuti Sekolah

Biasa! Tatkala cuti sekolah mengunjung, akan ada pelbagai idea dan aktiviti yang disusun di dalam kepala ini untuk memenuhkan cuti tersebut. Bukan apa, teringat kepada hadis kalau tak silap saya, dua perkara yang manusia sering terleka dengannya iaitu masa senang dan juga masa sihat. Setiap kali cuti juga pihak MBSA akan menghubungi saya bertanyakan kesempatan untuk mengadakan kelas choral speaking kepada pelajar - pelajar sekolah rendah. Alhamdulillah, kalau tak silap saya ini tahun ke 3 saya bersama MBSA menjayakan program cuti sekolah mereka. Seronok dapat membantu pelajar mengisi masa senggang mereka. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan bimbingan untuk terus bermanfaat buat orang lain. :)

Salam 24 :

Mutakhir ini isu penggunaan nama Allah dalam majalah Herald Katholik makin hangat. 8 Januari 2010 menyaksikan beberapa peristiwa genting yang barangkali sebagai tindakan balas terhadap isu tersebut berlaku. Bermula dengan beberapa perhimpunan yang berlaku di beberapa buah masjid di Kuala Lumpur dan Shah Alam, ianya semakin meruncing apabila terdapat beberapa buah gereja yang turut di bakar dipercayai perbuatan khianat. Saat timbulnya isu ini, guru di sekolah turut tidak terlepas dalam membincangkan perkara ini. Kantin sekolah menjadi tempat perdebatan yang menarik. Kadang kala agak serius namun ianya tidaklah menimbulkan perbalahan. Ada yang menyokong membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian dan ada yang berpendapat sebaliknya. Atas alasan banyak firman Allah sendiri di dalam Al -Quran yang menyebut bahawa Allah tuhan sekalian alam, sebahagian dari mereka mengatakan sesiapa sahaja layak untuk menyembah Allah dengan syarat tidak mempersekutukanNya. Namun ada juga pand